Kamis, 17 Januari 2013

botak style

Rambut gugur dan botok

Monday, February 6th, 2012
rambut-botak-dan-gugur
Masalah dan rambut gugur dan botok sememangnya menjejaskan penampilan diri. Bukan sahaja wanita, masalah itu turut menghantui kaum lelaki. Percaya atau tidak, lebih 10 juta penduduk dunia mengalami masalah keguguran rambut.
Mengapakah perkara ini terjadi ? Ini disebabkan oleh masalah genetik, masalah hormon,stress ,diet,persekitaran, dan aktviti harian. Oleh itu rambut gugur dan botak tidak boleh dibiarkan kerana penampilan diri adalah penting terutamnya kepada mereka yanng bekerjaya.
Seringkali mereka yang gugur rambutnya dan botak, diejek dengan pelbagai gelaran yang kadangkala meruntun hati. Gelaran seperti profesor sedap juga didengari. Tetapi jika perkataan itu kurang enak didengari akan menambahkan lagi luka dan kekecewaaan hati seseorang. Kekurangan hormon yang menyebabkan keguguran rambut (DHT) bagi lelaki dan ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita menyebabkan folikel menghasilkan anak rambut yang nipis.Begitu juga masalah pengaliran darah ke folikel yang berkurangan menyumbang kepada keguguran rambut
Oleh itu, melalui kaedah homeopati dan biochemic,masalah ini dapat diatasi tanpa melibatkan kesan sampingan. Melalui pengambilan remedy-remedy homeopaty seperti cal phos,selenium,silica dan sebagainya dapat meransangkan kembali pertumbuan rambut,mensatbilkan masalah hormon. Penggunaan minyak arnica dapat melancarkan kembali darah dikulit kepala. Penggunaan syampu herba dapat menguatkan kembali akar rambut dan menghapus masalah kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur.
Oleh itu, usah bimbang dan tertekan,setiap masalah ada jalan penyelesaian.Apa yang penting,istiqamah dan berusaha,pasti ada jalan keluar.